My Guestbook

Monday, May 11, 2009

Anugerah untuk Anda Semua

Terima kasih kepada para pelabur yang telah memberikan kepercayaan anda untuk saya menguruskan dana anda. Insyallah kita akan mencapai matlamat kita semua, Financial Freedom.


Thursday, May 7, 2009

Perkembangan Terkini

Alhamdulillah ...tahun lepas saya telah dianugerahkan sebagai Million Ringgit Producer oleh Public Mutual. Target saya untuk tahun lepas adalah 2 Million. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk berkerja lebih kuat ditahun ini. Insyallah saya akan pergi insentif trip ke Bandung selama 4 hari pada 18hb ni. Kalau dulu pergi overseas atas urusan kerja...tapi kali ini berbeza sebab semuanya ditanggung dan cuma sediakan duit shopping je...Tahun 2010 pulak ingat nak dapat pergi Dubai lak...







Monday, March 23, 2009

6S dalam Islam


Masa berkerja di Japanese Company , saya diajar tentang amalan budaya kerja Jepun iaitu 5S. Baru-baru ni semasa ceramah Maulidul Rasul , seorang ustaz memberikan tips tentang amalan dalam islam yang patut kita semua amalkan. Hari ni saya nak berkongsi tentang 6S;
1. Solat
2. Selawat
3. Salam
4. Senyum
5. Sedekah
6. Senda Gurau

Fikir-fikirkan dan jadikan amalan kita. Insyallah Umat Islam akan bangkit semula.






Sunday, March 1, 2009

Salam Jutawan 2010

Salam semua...saya telah bertemu dengan seorang Jutawan dari Melaka beliau telah memberikan saya beberapa tip. Salah satu tip yang sangat berguna " Kita jangan mengejar Duit kerana duit akan lari....kita kena kejar Ilmu dan Kemahiran maka duit akan datang kepada kita"



Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Isteri tersayang...semoga tahun 2009 ini menjadi tahun yang bertuah. Kepada rakan-rakan seperjuangan saya doakan anda semua didalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi Allah sentiasa.
Bagi mereka yang belum menjadi rakan kongsi HaikzaResources...jom jom.... anda dipelawa.
Anda boleh pilih mana biz yang dirasakan sesuai atau mampu anda lakukan. Yang penting kita jalankan biz ini dengan ikhlas, jujur dan istiqamah. Ingat... rezeki semua urusan Allah yang maha esa..kita hanya berusaha dan berdoa tanpa putus asa.

Berikut adalah perkhidmatan dalam Haikza Resources:

Nama ----------------------------------Biz Modal-------------Kelayakan
1. Public Mutual Unit Trust Consultant---RM285----------------- 21thn, min SPM, Lulus CUTE
2. HLTMT Insurance Consultant --------RM25------------------ SPM
2. Advance Fabulous---------------------RM280---------------- Cari 2 orang sahaja
3. Asian Home Business----------------- $USD 29 -------------- Internet, ada kredit/debit card
4. Uptrend 2U-------------------------- RM400
6. MyMode Prepaid--------------------- RM 68 ----------------- Mobile phone, jual prepaid

Kesemua biz diatas boleh menjana pendapatan yang luar biasa, bergantung bagaimana kita menjalankannya dan kita mesti percaya rezeki itu 9/10 dari perniagaan. Jadi usaha kita pun kena 9 kali ganda dari makan gaji.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 1430 hijrah. Semoga tahun baru ini memberi kita semangat baru untuk terus memburu impian masing2. Malam tadi ada majlis baca Yasin sempena menyambut tahun baru...

Imam surau ada menyampaikan sedikit tazkirah...yang sempat saya ingat " Syadina Umar menyukai tiga perkara semasa hidup didunia ini iaitu ;
1. Menghadiri majlis keramaian dimana umat islam bertemu antara satu sama lain.
2. Sembahyang berjemaah di Mesjid
3. Mengerjakan tahajud dan membaca Al-Quran"

Mari kita hidupkan Sunnah Rasullah s.a.w.......





Thursday, December 11, 2008

Eidul Adha di Hospital

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!....takbir bergema di pagi raya. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidul adha kepada semua. Saya tahun ini amat sedih sekali sebab ayahanda saya dimasukkan ke Hospital Muar pada hari Jumaat 5hb Dec 2009. Jadi tahun ni saya beraya d hospital je. Semuanya adalah ketentuan Allah yang patut kita terima dengan hati yang redha. Nasib baik sebelum balik saya dah siapkan document untuk dihantar...jadi sempat juga pergi Public Mutual cawangan Muar untuk buat submission.

Slideshow