Thursday, December 6, 2012

HARAPAN 2013

Harapan yang mengunung tinggi untuk tahun 2013 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.  Diam tak diam kita dah sampai ke penghujung tahun 2012. Hari-hari yang berlalu telah menjadi sejarah dan tidak dapat kita ulangi semula.  Namun harapan untuk tahun depan tetap disasarkan.  Bila menoleh kebelakang saya telah lima tahun berkerja sendiri...Masa bergerak begitu pantas sekali.  Alhamdulillah biz ini membolehkan saya bebas dari segi masa dan tidak dikongkong oleh sesiapa.  Inilah nikmatnya kita berkerja sendiri.  Pada tahun 2011 saya berjaya mencapai cita-cita saya untuk menunaikan haji bersama-sama ibu dan isteri saya dan pada masa yang sama semasa saya di tanah suci Mekah saya telah dinaikkan pangkat ke Agency Manager.  Insyallah pada tahun hadapan 2013 saya mensasarkan untuk menjadi GAM pada 13.11.13...doakan agar saya mencapainya....amin.

Wednesday, March 17, 2010

Kisah Unta


Saya nak cerita tentang unta yang hebat. Unta dijadikan oleh Allah mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. Unta telah menjadi tungangan Nabi s.a.w dan baginda pernah menjadik unta untuk membuat keputusan di rumah mana nabi s.a.w nak menghuni semasa tiba di Madinah. Tapi kali ni saya nak bercerita tentang kehebatan unta, kisah ini dirakamkan ketika anak unta bertanya kepada ibu unta.

Anak unta : Mama..mama...kenapa Allah jadikan bulu mata kita lentik mama?

Ibu Unta : Nak....Allah jadikan bulu mata kita lentik sebab bulu mata yg lentik ni dapat mengelak dari mata kita dimasuki pasir.

Anak Unta : oooo...kemudian kenapa unta mempunyai bonggol dibelakang kita mama?

Ibu Unta : Sebenarnya bonggol dibelakang kita adalah untuk menyimpan air...jadi kita boleh hidup lama walaupun tidak minum air beberapa hari...

Anak Unta : Saya nak bertanya lagi mama...kenapa pulak tapak kaki kita lain mama?

Ibu Unta : Tapak kaki kita Allah jadikan hanya untuk unta sahaja ...ini dapat memudahkan kita berjalan diatas padang pasir.

Anak Unta :oooo....terima kasih mama, maknanya kita ni binatang yang hebat kan mama....mmmmm tapi kenapa kita tinggal di dalam ZOO mama....

Ibu Unta pun terpinga-pinga sebab segala kehebatan yang ada pada diri mereka tidak dapat digunakan .......


Begitu juga dengan kita....sebenarnya Allah menjadikan umat manusia dengan ciptaan yang sangat hebat...tapi kebanyakkan daripada kita tidak dapat menggunakan kehebatan yang Allah jadikan sebab telah duduk di bawah tempurung terlalu lama.....

Wednesday, February 17, 2010

Keluarga ku yg Tercinta


Cuti di tahun baru cina baru ni saya sekeluarga balik ke kampung di Muar Johor...dari dulu hingga sekarang sekiranya tidak ada apa yang menghalang saya akan balik sebulan sekali ke kampung halaman menemui ayah dan ibu. Sekarang tinggal ibu seorang, kita sebagai anak menjadi tanggungjawab kita pula menjaga mereka. Bak kata Sudirman...." ayah dan ibu...ayah dan ibu itulah permulaan kami....dapat melihat bulan dan matahari " ..... Bila balik kampung teringat kenangan-kenangan masa budak-budak di kampung. Macam -macam permainan masa tu dimainkan....main tembak2, ting-ting, tiang galah, baling tin, chekutek, lawan spider, main gelang getah, main terup, main pondok-pondok....emmmm macam-macam tak ingat lagi....nanti kalau ingat boleh update lagi.

Balik itu hari ada terjumpa gambar lama saya sekeluarga kat bilik parent saya... gambar tu diambil pada tahun 1997.....masa tu hari raya. Saya pun masih bujang lagi....badan pun masih sekeping je...

Wednesday, February 10, 2010

Visualization Concept

Suka tengok video ni.....sbb bila tengok rasa macam wallet kita yg penuh....layannnnnnnnnn

Buku yang saya baca 2005


"The Psychology of Selling" yang dikarang oleh Brian Tracy adalah salah satu buku yang saya beli pada tahun 2005. Betul kata pepatah kita akan dibentuk oleh apa yang kita baca dan kawan-kawan di sekeliling kita. Rupanya setelah 5 tahun berlalu....sekarang saya telah menjadi seorang perunding kewangan. Buku ini amat menbantu saya untuk meningkatkan biz saya ini. Cari lah ilmu dengan banyak membaca buku dan belajarlah dari pengalaman orang yang telah berjaya.

Wednesday, February 3, 2010

Hanis Zalikha


Tiba-tiba nama ini terkeluar dari mulut kawan aku Zainudine....dia kata kalau nak berjaya menjadi blogger kena belajar dari dia....Jadi hari ini aku pun mencari la dia punya belog....wow! sebab orangnya secantik namanya....apa lagi aku pun jadi lah fan dia....sebab nak berjaya kena ikut org yg berjaya.

ini belog dia...hanis zalikha

Thursday, January 28, 2010

Quranic Law of Attraction


Sebuah buku yang baik untuk dibaca terutama bagi kita orang Islam....mungkin anda sebelum ini ada membaca buku "The Secrect"...maka buku ini adalah sesuai dengan naluri kita sebagai orang islam. Sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 2& 3. " Inilah ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi hikmah, menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan."
Ada tiga tenaga terkandung dalam Al-Quran.....
1. Tenaga Doa
2. Tenaga Syukur
3. Tenaga Sabar

Insyallah dengan membaca Al-Quran kita akan merasakan sinar Al-Quran dalam kehidupan kita.

Wednesday, January 13, 2010

Wasiat Services


5 Steps on Estate's Distribution ;

1. Settlement of all funeral expenses

2. Settlement of debts (actual/spiritual)

3. Settlement of any claim of " Harta Sepencarian" and Hibah

4. Settlement of Wasiat's Distribution

5. Division of the residuary estate of the deceased in accordance with the principles of Faraid




Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Hari ini hari terakhir di tahun 2009....esok kita akan melangkah 2010...saya berdoa semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang terbaik untuk anda semua dan diri saya sendiri. Banyak peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di tahun 2009. Mana yang baik kita jadikan teladan dan panduan dan mana yang tak baik kita jadikan sempadan.

Kita perlu berhijrah dari yg tak baik kepada baik...yang baik kepada yg lebih baik....Menjadi kaya itu tidak penting....tetapi dalam proses kita utk menjadi kaya itu amat penting....jadilah org kaya yg beriman, tidak kedekut, baik dan penderma. Kekayaan yang dapat dimanaafatkan untuk akhirat.

Kita hidup di dunia untuk akhirat.......SUCCESS! SUCCESS! SUCCESS!





Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Sekejap betul masa berlalu.....hari demi hari ...minggu demi minggu...bulan demi bulan dan tahun demi tahun silih berganti.....terus meninggalkan kita....semalam adalah sejarah, hari ini adalah pasti, tapi esok belum tentu....jadi gunakan hari ini dengan sebaiknya supaya kita tidak akan menyesal bila semalam telah berlalu.

Kita kena sentiasa perlu buat yang terbaik....jadikan hari ini lebih baik dari semalam...sudah pasti hasilnya akan menjadikan tahun demi tahun kita menjadi yang terbaik.....

Semoga Tahun 1431 hijrah akan menjadi tahun yang terbaik bagi kita semua....amin










Monday, November 9, 2009

Anda pun boleh berjaya....

( Gambar salah seorang yg berjaya dalam perunding unit amanah di PUBLIC MUTUAL )
Setiap manusia yg Allah jadikan di mukabumi ini adalah seorang juara. Daripada berjuta benih sperma kita telah berjaya berenang dan melekat dirahim ibu anda. Dengan kasih sayang Allah kita membesar dalam perut ibu selama 9 bulan....cukup tempohnya kita pun lahir kedunia ini. Bermulalah episod kita di dunia ini....bermula dari tangisan namun disambut dengan penuh kegembiran oleh ibubapa kita. Perjalanan hidup kita semuanya ditentukan oleh yg Allah maha ESA...kita perlu redha dengan ketentuannya. Kita mula belajar sedikit demi sedikit dan hari demi hari, samada kita sedari ataupun tidak. Kita mula belajar merangkak kemudian berjalan kemudia berlari. Daripada sepatah perkataan kita pun boleh bercakap tak henti2....
Didunia ini Allah jadikan mesti bersebab....maknanya, jika anda ingin pandai mesti kena belajar.....nak kenyang mesti kena makan....nak kaya mesti kena kerja....nak apa2 mesti kena usaha. Jadi jika kita melihat kejayaan seseorang mesti kita kena tahu usaha/sebab disebalik kejayaan seseorang itu. Tiada kejayaan datang bergolek ....

Pilihan ditangan anda....namun mesti diiring dgn usaha....selepas tu tawakal pd ALLAH.






Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri


Aidilfitri akan tiba beberapa hari lagi...Bulan Ramadhan Al-Mubarak akan kita tinggalkan, Ya Allah aku berdoa semoga dapat bertemu lagi Ramadhan di tahun depan. Marilah kita rebut peluang disepuluh hari yang akhir ini untuk beramal sebanyak-banyaknya dengan penuh ke ikhlasan.....mudah-mudahan kita dapat menemui malam Al-Qadar iaitu malam seribu bulan.
Maaf zahir batin dari saya....








Saturday, July 25, 2009

Buat Baik Selalu

Salam semua...sekadar berkongsi falsafah yg baik utk kita amalkan. Pepatah ada mengatakan " Anda boleh memiliki apa sahaja yang anda inginkan didalam hidup sekiranya anda boleh menolong orang untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan." Maksud
nya bila kita berbuat baik kepada hamba allah tak kira orang, haiwan atau tumbuhan maka kita telah berbuat baik kepada ciptaan allah, sudah tentu maha pencipta ini akan menghargai kita dan membalasnya....jadi kita kena selalu buat baik..

Monday, May 11, 2009

Anugerah untuk Anda Semua

Terima kasih kepada para pelabur yang telah memberikan kepercayaan anda untuk saya menguruskan dana anda. Insyallah kita akan mencapai matlamat kita semua, Financial Freedom.


Thursday, May 7, 2009

Perkembangan Terkini

Alhamdulillah ...tahun lepas saya telah dianugerahkan sebagai Million Ringgit Producer oleh Public Mutual. Target saya untuk tahun lepas adalah 2 Million. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk berkerja lebih kuat ditahun ini. Insyallah saya akan pergi insentif trip ke Bandung selama 4 hari pada 18hb ni. Kalau dulu pergi overseas atas urusan kerja...tapi kali ini berbeza sebab semuanya ditanggung dan cuma sediakan duit shopping je...Tahun 2010 pulak ingat nak dapat pergi Dubai lak...







Monday, March 23, 2009

6S dalam Islam


Masa berkerja di Japanese Company , saya diajar tentang amalan budaya kerja Jepun iaitu 5S. Baru-baru ni semasa ceramah Maulidul Rasul , seorang ustaz memberikan tips tentang amalan dalam islam yang patut kita semua amalkan. Hari ni saya nak berkongsi tentang 6S;
1. Solat
2. Selawat
3. Salam
4. Senyum
5. Sedekah
6. Senda Gurau

Fikir-fikirkan dan jadikan amalan kita. Insyallah Umat Islam akan bangkit semula.






Sunday, March 1, 2009

Salam Jutawan 2010

Salam semua...saya telah bertemu dengan seorang Jutawan dari Melaka beliau telah memberikan saya beberapa tip. Salah satu tip yang sangat berguna " Kita jangan mengejar Duit kerana duit akan lari....kita kena kejar Ilmu dan Kemahiran maka duit akan datang kepada kita"



Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Isteri tersayang...semoga tahun 2009 ini menjadi tahun yang bertuah. Kepada rakan-rakan seperjuangan saya doakan anda semua didalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi Allah sentiasa.
Bagi mereka yang belum menjadi rakan kongsi HaikzaResources...jom jom.... anda dipelawa.
Anda boleh pilih mana biz yang dirasakan sesuai atau mampu anda lakukan. Yang penting kita jalankan biz ini dengan ikhlas, jujur dan istiqamah. Ingat... rezeki semua urusan Allah yang maha esa..kita hanya berusaha dan berdoa tanpa putus asa.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 1430 hijrah. Semoga tahun baru ini memberi kita semangat baru untuk terus memburu impian masing2. Malam tadi ada majlis baca Yasin sempena menyambut tahun baru...

Imam surau ada menyampaikan sedikit tazkirah...yang sempat saya ingat " Syadina Umar menyukai tiga perkara semasa hidup didunia ini iaitu ;
1. Menghadiri majlis keramaian dimana umat islam bertemu antara satu sama lain.
2. Sembahyang berjemaah di Mesjid
3. Mengerjakan tahajud dan membaca Al-Quran"

Mari kita hidupkan Sunnah Rasullah s.a.w.......






Thursday, December 11, 2008

Eidul Adha di Hospital

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!....takbir bergema di pagi raya. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidul adha kepada semua. Saya tahun ini amat sedih sekali sebab ayahanda saya dimasukkan ke Hospital Muar pada hari Jumaat 5hb Dec 2009. Jadi tahun ni saya beraya d hospital je. Semuanya adalah ketentuan Allah yang patut kita terima dengan hati yang redha. Nasib baik sebelum balik saya dah siapkan document untuk dihantar...jadi sempat juga pergi Public Mutual cawangan Muar untuk buat submission.

Saturday, November 15, 2008

Belajar dari GURU yang betul

Malam tadi saya telah bertemu guru yang hebat dalam MLM...beliau berjaya dalam setiap company yang beliau masuk. Jadi mesti ada rahsia bagaimana beliau boleh berjaya dalam industri ini. Sebahagian tips yang saya dapat untuk berjaya dalam industri ini adalah:
Kita masuk biz ini seumpama kita berperang....kita perperang untuk menang.
" Matlamat, Strategi, Kepantasan, Jangkamasa " merupakan aspek yang terpenting untuk berjaya.